Mengapa Perlu Menjual Produk Digital Di Internet?
Berikut adalah beberapa kelebihan anda menjual produk digital di Internet:
- Modal Yang Rendah - Anda boleh menjual produk digital dari rumah sahaja. Apa yang perlu hanyalah sebuah komputer dan talian Internet untuk menjalankan perniagaan model ini. Secara tidak langsung, banyak kos-kos boleh dijimatkan seperti kos sewa, kos pengangkutan, bil elektrik dan sebagainya.
- Tiada Stok - Satu perkara yang bagus mengenai perniagaan produk digital ialah anda tidak perlu menyimpan stok sepertimana berniaga produk fizikal. Ini kerana produk digital adalah satu file kecil yang tersimpan di dalam komputer anda. Tidak perlu takut kehabisan stok!
- Mudah Untuk Disiapkan - Produk digital adalah satu produk yang sangat mudah untuk anda siapkan. Kami percaya, dengan komitmen anda yang bersungguh-sungguh, anda hanya perlukan masa sebulan sahaja untuk menyiapkan satu produk digital.
- Pendapatan Pasif - Anda hanya perlu berkerja kuat sekali sahaja untuk menyiapkan produk digital tersebut dan anda akan mendapat pulangan berulang-ulang kali dengan menggunakan kuasa Internet.
- Anda Adalah Bos - Untuk menjalankan perniagaan produk digital di Internet, anda tidak perlu bergantung kepada sesiapa pun. Semuanya berada di dalam kawalan anda 100%.
- Keuntungan Adalah 100% - Keuntungan yang anda perolehi dengan menjual produk digital tidak seperti menjual produk fizikal. Produk digital tidak mempunyai kos per unit. Jika anda menjual satu produk digital dengan harga RM60 maka keuntungan anda ialah RM60!
dan banyak lagi!
No comments:
Post a Comment